Jumaat, 1 Julai 2011

Ummi....kisahnya bermula

Assalamualaikum...
Jodoh dan ajal adalah ketetapan Allah pada setiap hambanya. Percaya atau tidak ummi sendiri tidak menyangka bahawa ummi akan berkahwin dalam usia 32 tahun setelah ummi puas berfikir masih adakah lagi jodoh untuk ummi...hehehehehe...kawan2 selalu mengejek ummi bahawa jodoh ummi telah meninggal...sabar je lahh tapi ummi anggap itu satu gurauan kawan2. Apapun sebagai hamba Allah jangan kita putus meminta pertolongan dariNYA dan  sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. 


hasil karya walid...


Genap hari lahir ummi yang ke 32 pada 1 Julai 2011, ummi dilamar dan percayalah kuasa Allah mengatasi segalanya kerana jejaka itu merupakan "first love" ummi semasa di sekolah menengah. Hampir 14 tahun kami tidak bertemu dan kami disatukan pada usia ini. Semoga dipermudahkan segala urusan kami nanti.