Sabtu, 25 Oktober 2014

Atas dukung kami

Gambar umi dukung abe diambil di laman rumah mak tok di Guntung Dalam pada 1.2.2013. Biasanya sebelum pulang ke Kuala Terengganu, kami singgah dulu di rumah mok tok untuk menjenguk dan bertanya khabar.
Umur abe 9 bulan
Gambar walid dukung adik pula di ambil pada 7.10.2014 di hadapan rumah tok mek. Happy je adik masa ini tapi sebenarnya hari ini merupakan Hari Raya Haji yang sepatutnya kami buat akikah adik tapi tak jadi. Pagi lagi kami dah bangun dan bersiap nak pergi tengok orang sembelih lembu tapi tiba-tiba je tok bah balik kabarkan berita bahawa lembu yang dijanjikan untuk korban tak ada. Nak cerita panjang lebar pun tak tahu macamana..tak pa lah adik, ummi buat akikah adik lain tahun ye...

Umur adik 8 bulan

Rabu, 30 Julai 2014

Gambar Abe Lagi

Comel kan....tak Ummi yang puji siapa lagi nak puji kan. Gambar ini diambil hari raya ke 2 di perkarangan rumah Oman ( ibu ummi). Tak tahu lah kenapa tak ada satu pun gambar adik. Apapun ummi sayang anak-anak ummi








Isnin, 28 Julai 2014

Raya 2014 Bersama Abe Dan Khalish

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014...jom tengok gambar jee



Bersama adik 6 bulan

Bersama abe 2 tahun 2 bulan



Keluarga mentua yang sangat penyayang dan sporting

Khamis, 17 April 2014

Gaya Seorang Abe

Gambar abe selepas mendapat adik. Bukan main bergaya lagi. Semua gambar ini disnap oleh walid as a Photografer. Masa ini umur abe satu tahun sebelas bulan. Kecil lagi dah kene berdikari. Ummi upload gambar ini sebab suka tengok aksi abe, tambahan gambar ini semua cantik.

 


9.4.2014- Kawasan umh Tok Mek 
 



17.4.2014- Rumah sewa Bukit Kecik

Rabu, 26 Februari 2014

Hari Pertama Adik



Mula-mula keluar, nampak putih lagi

Ummi perasan ada "pisang bera" kat punggung..
maknanya

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ini warna kulit sebenarnya...Pok Jitam...hihihi

Marah panggil Pok Jitam..hahahahaha

Selasa, 25 Februari 2014

Kelahiran Anak Ke Dua

Alhamdulilah...ummi selamat melahirkan bayi lelaki jam 5.30 pagi pada 25 Feb 2014 di hospital Besut. Pagi, 24 Feb 2014 , tanda keluar darah juga sama macam kelahiran abe dan juga tidak ada tanda sakit perut nak bersalin. Tepat jam 12.00 malam walid hantar ummi ke hospital disebabkan risau darah yang keluar tapi perut tidak sakit. Masuk saja labour room, doktor check bukaan jalan ummi baru 2cm. Perut ummi diletakkan alat untuk mengesan jantung bayi tetapi disebabkan ada masalah mengesan jantung bayi, ummi disuntik dan dimasukkan air. Selepas air habis, sekali lagi doktor periksa jantung bayi. Untuk kali ke 3, jantung bayi berada dalam keadaan normal. Perut masih juga tidak ada rasa sakit untuk bersalin. Ummi dibenarkan berehat di dalam wad jam 3 pagi dan ummi berjumpa walid sekejab untuk membenarkan dia balik. Jam 4 pagi perut ummi mula memulas dan mengeras, darah juga turut keluar dengan banyak. Ummi telefon walid tapi ummi tak dapat bercakap sebab cuba menahan sakit. Ummi merasakana dah bersedia untuk bersalin. Tepat jam 5 pagi, ummi dah tak dapat menahan sakit lagi dan merasakan anak kali ke 2 ini sedang berusaha hendak keluar dan tanpa berlengah lagi ummi berjalan masuk ke labour room dan sebaik saja ummi berada  atas katil, bayi menolak untuk keluar sendiri tanpa ummi perlu meneran. Lahirlah seorang putera ke dua dengan selamat. Ummi mengalami sedikit masalah uri pecah dan nurse sedikit kelam kabut mencuba membuang semua uri yang ada dalam rahim umi. Alhamdulilah...ummi dipermudahkan segalanya...

 25 Feb 2014  jam 5.30 pagi adik dilahirkan