Sabtu, 6 Julai 2013

Abe..14 bulan...Ummi...3 bulan


Biasa hujung minggu, kami suka balik kampung di Besut. Jenguk orang tua sambil bawa abe jalan-jalan. Abe pun sangat manja dengan tok mek dan tok bah.  Bila nak balik semula ke rumah di Kuala Terengganu, kami singgah sekejab dekat Pondok Kerandang, melawat Mok Tok (nenek walid) yang belajar agama di sini. Suasana di sini sangat aman dan damai, ummi pun ada niat dalam hati kalau panjang umur nak menetap di Pondok sama dengan walid. Insya Allah, mudah-mudahan Allah permudahkan.






Kandungan ummi 3 bulan (hadapn umh Tok Mek)

Khamis, 27 Jun 2013

Abe ...13 bulan


Kandungan ummi dah masuk 2 bulan, abe semakin aktif dan suka memanjat.Mujur ummi tidak ada alahan, sama juga semasa mengandungkan abe, langsung tiada alahan. Boleh lah ummi layan keaktifan abe yang lasak dan suka memanjat. Satu ummi puji abe sangat suka senyum dan jarang menangis. Kalu sakit sekalipun, abe cuma diam tidak aktif tapi langsung tidak menangis.Macam tahu je anak sulung kene pandai berdikari.


Memanjat je kerjanya

satu lagi hobi abe, tengok ke luar tingkap.

pernah jatuh dari rak ini

jatuh kepala dulu...anak...anak...

Bekas adik ipar (isteri arwah Abe Ngah)
alhamdullah terbuka pintu hati nak bersuami

Pondok Mak Tok di Kerandang.


Isnin, 27 Mei 2013

Abe sambut hari lahir pertama



bersama sepupu

Bersama Arif (sepupu)

Dua pupu abe...sama baya beza 2 hari saje...



Sabtu, 18 Mei 2013

Raya 2013 Tema Jubah

Raya tahun 2013 adalah raya yang tak akan ummi lupa sampai bila-bila. Abe baru nak masuk setahun, aktif nya bukan main lagi. Pantang tengok apa-apa benda atas lantai, mulalah masuk mulut. Masa kami sedang berbuka puasa terakhir bagi ramadhan ini, abe panjat 3 anak tangga dan terus terjun. Memang kuat jugak lah dia menjerit dan meraung lepas jatuh. Punyalah aktif, boleh plak dia makan habuk rokok Pok Uteh ( abang ipar) yang ada dalam bekas habuk rokok. Dua perkara ini menyebabkan dia tidak berhenti menangis dan muntah berterusan. Bimbang dengan apa yang terjadi, tanpa buang masa terus kami bawa abe ke Kecemasan Jerteh tapi dia masih tak berhenti muntah. Bila doktor buat xray, alhamdulilah tidak apa-apa yang membahayakan akibat daripada jatuh di kepala, mungkin muntah kesan daripada makan habuk rokok. Malam raya ummi dan walid bermalam di wad menemani abe. Tepat jam 12 malam, abe kembali aktif lepas dah tak muntah lagi. Esok nya lepas doktor buat pemeriksaan doktor, abe dibenarkan keluar dan sebelum tu kami dihidangkan dengan juadah hari raya oleh pihak hospital. Kenangan raya pertama 2013 di Wad Hospital Jerteh.



Jubah raya abe


aktif bukan main lagi walau tak dapat berjalan lagi


Ahad, 10 Februari 2013

Abe dan Walker


Ummi beli walker umur abe dah masuk 9 bulan. Suka sangat dapat duduk dalam walker sampai ummi beli dua. Satu letak rumah tok mek kebetulan masa ini walid tak sihat dan memerlukan penjagaan orang tua di kampung. Abe juga kene tinggal dengan walid kerana dari baby lagi walid yang jaga abe jadi ummi mesti menyediakan walker sepanjang abe berada di kampung. 








 walker letak umah tok mek