Rabu, 26 Februari 2014

Hari Pertama Adik



Mula-mula keluar, nampak putih lagi

Ummi perasan ada "pisang bera" kat punggung..
maknanya

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ini warna kulit sebenarnya...Pok Jitam...hihihi

Marah panggil Pok Jitam..hahahahaha

Selasa, 25 Februari 2014

Kelahiran Anak Ke Dua

Alhamdulilah...ummi selamat melahirkan bayi lelaki jam 5.30 pagi pada 25 Feb 2014 di hospital Besut. Pagi, 24 Feb 2014 , tanda keluar darah juga sama macam kelahiran abe dan juga tidak ada tanda sakit perut nak bersalin. Tepat jam 12.00 malam walid hantar ummi ke hospital disebabkan risau darah yang keluar tapi perut tidak sakit. Masuk saja labour room, doktor check bukaan jalan ummi baru 2cm. Perut ummi diletakkan alat untuk mengesan jantung bayi tetapi disebabkan ada masalah mengesan jantung bayi, ummi disuntik dan dimasukkan air. Selepas air habis, sekali lagi doktor periksa jantung bayi. Untuk kali ke 3, jantung bayi berada dalam keadaan normal. Perut masih juga tidak ada rasa sakit untuk bersalin. Ummi dibenarkan berehat di dalam wad jam 3 pagi dan ummi berjumpa walid sekejab untuk membenarkan dia balik. Jam 4 pagi perut ummi mula memulas dan mengeras, darah juga turut keluar dengan banyak. Ummi telefon walid tapi ummi tak dapat bercakap sebab cuba menahan sakit. Ummi merasakana dah bersedia untuk bersalin. Tepat jam 5 pagi, ummi dah tak dapat menahan sakit lagi dan merasakan anak kali ke 2 ini sedang berusaha hendak keluar dan tanpa berlengah lagi ummi berjalan masuk ke labour room dan sebaik saja ummi berada  atas katil, bayi menolak untuk keluar sendiri tanpa ummi perlu meneran. Lahirlah seorang putera ke dua dengan selamat. Ummi mengalami sedikit masalah uri pecah dan nurse sedikit kelam kabut mencuba membuang semua uri yang ada dalam rahim umi. Alhamdulilah...ummi dipermudahkan segalanya...

 25 Feb 2014  jam 5.30 pagi adik dilahirkan