Selasa, 27 November 2012

Abe 6 bulan


Walid mengait topi untuk abe maklum lah anak kesayangan. Masa ini umur abe 6 bulan dan sangat aktif. 










Masa konvokesyen adik ummi di UMT..baju merah yang hemsem tu suami adik
dan baju hitam yang sangat hemsem tu suami kesayangan ummi..:)


Ahad, 28 Oktober 2012

Abe 5 bulan


Masuk 5 bulan dah mula belajar meniarap dan comel senyum. Tak ummi yang puji siapa lagi nak puji kan...



8 Oktober 2012...134 hari

.
.
.
.

hari yang sama

dah pandai meniarap

.
.
.
.
.




Selasa, 28 Ogos 2012

Abe 3 bulan



4 Ogos 2012....69 hari

15 Ogos 2012....80 hari



7 Ogos 2012...72 hari





24 Ogos 2012...89 hari...ready nak balik kampung




Sabtu, 28 Julai 2012

Khamis, 28 Jun 2012

Abe 1 bulan


24 Jun 2012...28 hari

.
.
.
.
.
.
.

senyum...


25 Jun 2016...29 hari


17 Jun 2012...21 hari



Jumaat, 1 Jun 2012

Abe dalam pantang edit by Walid


Tarikh gambar 17 Jun 2012 maklum saja walid abe kan Jurufoto. Gambar-gambar anak pun mesti lah nampok yang cantik2...kononnyaa..hihi


edit gambar by walid...


8 Jun 2012 ...12 hari

17 Jun 2012...21 hari


25 Jun 2012...29 hari


10 Julai 2012...44 hari




Ahad, 27 Mei 2012

Kelahiran anak pertama


Assalamualaikum...

Takut, berdebar-debar, gelisah saat melahirkan anak pertama. Maklum saje tak pernah ada pengalaman. Biasanya dengar pengalaman orang bercerita, ada yang sakit sangat, ada yang sakit biasa, macam-macam cerita yang didengar. Ummi bersalin 2 minggu dari tarikh jangka bersalin. Pada pagi, 26 Mei 2012 ada sedikit darah bercampur lendir di seluar dalam tapi tidak ada tanda sakit perut. Walid bawa ummi ke klinik desa, setelah diperiksa bukaan jalan baru 2cm. Nurse yang bertugas menyarankan kami terus ke hospital tapi disebabkan tidak sakit lepas magrib ummi dibawa oleh walid ke Hospital Besut. Pada pagi 27 Mei 2012, perut ummi mula memulas dan sakit. Sakit datang sekejab-sekejab. Jam 9.00 pagi ummi masuk labour room untuk check jalan tapi nurse beritahu bukaan jalan baru 3cm. Walid datang dan sakit semakin kuat, jam 12.30 darah keluar banyak dan perut ummi memulas begitu  kuat tapi ummi masih juga takut nak masuk labour room. Ummi masih boleh menahan sakit yang datang. Pegang tangan walid sampai sakit tangan dan walid beritahu urat dekat kepala ummi timbul masa ummi menahan sakit. Betul-betul sakit sehingga tidak dapat nak beritahu macamana sakitnya. Akhir nya ummi masuk labour room dan tepat jam 8.32 malam umi melahirkan abe dengan selamat setelah 2 kali teran. Nurse yang sambut pada masa tu bagitau sepatutnya tengahari tadi lagi ummi bersalin kerana darah dah keluar sehingga dia bertanya.."tak sakit ke menahan" ....umi cakap " ingat ke tak sampai masa bersalin lagi"....gitu lah kisahnya...


29.5.2012 jam 9.50 pagi hospital Besut




kaki yang kecil..


Isnin, 21 Mei 2012

Ummi... 9 bulan


Gambar ni masa nak pergi kenduri kahwin sepupu walid di Machang. Abe sangat aktif bergerak dalam perut umi terutama perut di bahagian kanan. Orang tua cakap biasanya anak aktif belah kanan akan mendapat anak lelaki. Last umi scan, doktor bagitau jantinan anak perempuan. Tak kisah lah asal kan semua nya selamat dan baik2 aje.
tunggu masa..
Gambar ni tepi rumah Tok Mek (mak mentua). Maklumlah anak pertama, teruja lebih sikit lah nak ambik gambar bagai.
berdebar-debar

Ahad, 22 Januari 2012

Ummi...5 bulan


Gambar ni masa kandungan ummi 5 bulan dan ini adalah majlis pertunangan adik perempuan ummi. 


koya bersanding....hihi

5 bulan....masih tak nampak perut ummi
Ada satu jambatan di belakang umah ummi dan masa zaman kanak2 suka sangat terjun dari jambatan bila mandi sungai ( sebenarnya parit tali air tapi semua orang sebut sungai)