Ahad, 27 Mei 2012

Kelahiran anak pertama


Assalamualaikum...

Takut, berdebar-debar, gelisah saat melahirkan anak pertama. Maklum saje tak pernah ada pengalaman. Biasanya dengar pengalaman orang bercerita, ada yang sakit sangat, ada yang sakit biasa, macam-macam cerita yang didengar. Ummi bersalin 2 minggu dari tarikh jangka bersalin. Pada pagi, 26 Mei 2012 ada sedikit darah bercampur lendir di seluar dalam tapi tidak ada tanda sakit perut. Walid bawa ummi ke klinik desa, setelah diperiksa bukaan jalan baru 2cm. Nurse yang bertugas menyarankan kami terus ke hospital tapi disebabkan tidak sakit lepas magrib ummi dibawa oleh walid ke Hospital Besut. Pada pagi 27 Mei 2012, perut ummi mula memulas dan sakit. Sakit datang sekejab-sekejab. Jam 9.00 pagi ummi masuk labour room untuk check jalan tapi nurse beritahu bukaan jalan baru 3cm. Walid datang dan sakit semakin kuat, jam 12.30 darah keluar banyak dan perut ummi memulas begitu  kuat tapi ummi masih juga takut nak masuk labour room. Ummi masih boleh menahan sakit yang datang. Pegang tangan walid sampai sakit tangan dan walid beritahu urat dekat kepala ummi timbul masa ummi menahan sakit. Betul-betul sakit sehingga tidak dapat nak beritahu macamana sakitnya. Akhir nya ummi masuk labour room dan tepat jam 8.32 malam umi melahirkan abe dengan selamat setelah 2 kali teran. Nurse yang sambut pada masa tu bagitau sepatutnya tengahari tadi lagi ummi bersalin kerana darah dah keluar sehingga dia bertanya.."tak sakit ke menahan" ....umi cakap " ingat ke tak sampai masa bersalin lagi"....gitu lah kisahnya...


29.5.2012 jam 9.50 pagi hospital Besut




kaki yang kecil..


Isnin, 21 Mei 2012

Ummi... 9 bulan


Gambar ni masa nak pergi kenduri kahwin sepupu walid di Machang. Abe sangat aktif bergerak dalam perut umi terutama perut di bahagian kanan. Orang tua cakap biasanya anak aktif belah kanan akan mendapat anak lelaki. Last umi scan, doktor bagitau jantinan anak perempuan. Tak kisah lah asal kan semua nya selamat dan baik2 aje.
tunggu masa..
Gambar ni tepi rumah Tok Mek (mak mentua). Maklumlah anak pertama, teruja lebih sikit lah nak ambik gambar bagai.
berdebar-debar