Jumaat, 18 November 2011

Ummi... 2 bulan

Umi tidak mengalami sebarang alahan masa mengandung anak pertama..alhamdulilah. Boleh bawa kereta balik besut, panjat tangga 4 tingkat  (rumah sewa) dan bersyukur sangat segalanya dipermudahkan. Mak tok juga berikan ummi satu pokok yang orang asli amalkan untuk memudahkan bersalin. Makan akar pokok tu seakan-akan ubi keling (bulat kecil). Rasanya tak sabar menunggu kelahiran pertama ini. 


Perut ummi semasa kandungan 2 bulan 

Rabu, 2 November 2011

Alhamdulilah...berita sangat gembira

Assalamualaikum...

Berita yang sangat mengembirakan walid apabila ummi telah disahkan mengandung. Syukur pada Allah atas pemberian ini yang mana diingini oleh setiap pasangan yang berumahtangga. Setelah mengira kandungan ummi rupanya ummi bunting pelamin. Ummi sangat bersyukur atas kurniaan rezeki ini.
kandungan berusia 8 minggu (19 Oktober 2011)
Sebenarnya belum sampai masa nya lagi untuk ummi scan tapi disebabkan kandungan ummi keluar darah, jadi doktor membuat pemeriksaan lanjut takut kandungan ummi bermasalah. Alhamdulilah setelah di scan , kandungan ummi berada dalam keadaan baik.

Ramai yang menjangka kami akan mendapat anak lelaki daripada tanda2 yang ada pada ummi.


Pertamanya : Darah yang keluar semasa mengandung tetapi tidak sakit (ada orang mengatakan darah yang keluar itu dipanggil "seri muka") menandakan ummi akan mendapat anak lelaki..itu pengalaman sepupu ummi sendiri yang mendapat anak lelaki.


Kedua: Dua kali ummi bermimpi makan ketam dan sangat mengidam nak makan ketam..kami mencari ketam di Tok Bali, Kelantan. Kata penjual ketam, ibu mengandung yang mengidam makan ketam biasanya akan mendapat anak lelaki...itu pentanda nya saje..apapun kita tengok lah lahir nanti.


akhirnya dapat makan ketam masak sendiri
Ketiga: Walid ada seorang anak saudara perempuan yang berusia 8 bulan dan setiap kali ummi pegang baby kecil ini...masa tu jugak lah dia akan tertidur atas riba ummi. Kakak ipar cakap, ummi bakal dapat anak lelaki sebab baby perempuan serasi bila ummi bersamanya..

Keempat:Hidung ummi kembang semerbak sejak mengandung ni..itu jugak petanda ummi bakal mendapat anak lelaki. Info ini kawan sekerja ummi yang bagitau sebab beliau pernah mengandung anak lelaki dan hidungnya kembang semerbak...hahahahahah


Apapun ummi terima walaupun anak ummi yang bakal dilahirkan nanti samada perempuan atau lelaki..asalkan baby ummi sihat dan menjadi anak yang soleh.