Ahad, 27 Mei 2012

Kelahiran anak pertama

Assalamualaikum...

Takut, berdebar-debar, gelisah saat melahirkan anak pertama. Maklum saje tak pernah ada pengalaman. Biasanya dengar pengalaman orang bercerita, ada yang sakit sangat, ada yang sakit biasa, macam-macam cerita yang didengar. Ummi bersalin 2 minggu dari tarikh jangka bersalin. Pada pagi, 26 Mei 2012 ada sedikit darah bercampur lendir di seluar dalam tapi tidak ada tanda sakit perut.

Walid bawa ummi ke klinik desa, setelah diperiksa bukaan jalan baru 2cm. Nurse yang bertugas menyarankan kami terus ke hospital tapi disebabkan tidak sakit lepas magrib ummi dibawa oleh walid ke Hospital Besut. Pada pagi 27 Mei 2012, perut ummi mula memulas dan sakit. Sakit datang sekejab-sekejab. Jam 9.00 pagi ummi masuk labour room untuk check jalan tapi nurse beritahu bukaan jalan baru 3cm. Walid datang dan sakit semakin kuat, jam 12.30 darah keluar banyak dan perut ummi memulas begitu  kuat tapi ummi masih juga takut nak masuk labour room. Ummi masih boleh menahan sakit yang datang. Pegang tangan walid sampai sakit tangan dan walid beritahu urat dekat kepala ummi timbul masa ummi menahan sakit. Betul-betul sakit sehingga tidak dapat nak beritahu macamana sakitnya. Akhir nya ummi masuk labour room dan tepat jam 8.32 malam umi melahirkan abe dengan selamat setelah 2 kali teran. Nurse yang sambut pada masa tu bagitau sepatutnya tengahari tadi lagi ummi bersalin kerana darah dah keluar sehingga dia bertanya.."tak sakit ke menahan" ....umi cakap " ingat ke tak sampai masa bersalin lagi"....gitu lah kisahnya...


29.5.2012 jam 9.50 pagi hospital Besut




kaki yang kecil..


Isnin, 21 Mei 2012

Ummi... 9 bulan


Gambar ni masa nak pergi kenduri kahwin sepupu walid di Machang. Abe sangat aktif bergerak dalam perut umi terutama perut di bahagian kanan. Orang tua cakap biasanya anak aktif belah kanan akan mendapat anak lelaki. Last umi scan, doktor bagitau jantina anak perempuan. Tak kisah lah asal kan semua nya selamat dan baik2 aje.

tunggu masa..

boboi or gegirl???

Gambar ni tepi rumah Tok Mek (mak mentua). Maklumlah anak pertama, teruja lebih sikit lah nak ambik gambar bagai.

Ahad, 22 Januari 2012

Ummi...5 bulan

Gambar ni masa kandungan ummi 5 bulan di majlis pertunangan adik perempuan ummi. Ummi masih boleh pakai baju kurung. 


koya bersanding....hihi

5 bulan..
Bergambar di atas jambatan belakang rumah mak ayah ummi sambil shoot outdoor pertunangan adik ummi.

Jumaat, 18 November 2011

Ummi... 2 bulan

Umi tidak mengalami sebarang alahan masa mengandung anak pertama..alhamdulilah. Boleh bawa kereta balik besut, panjat tangga 4 tingkat  (rumah sewa) dan bersyukur sangat segalanya dipermudahkan. Mak tok juga berikan ummi satu pokok yang orang asli amalkan untuk memudahkan bersalin. Makan akar pokok tu seakan-akan ubi keling (bulat kecil). Rasanya tak sabar menunggu kelahiran pertama ini. 


Perut ummi semasa kandungan 2 bulan 

Rabu, 2 November 2011

Alhamdulilah...berita sangat gembira

Assalamualaikum...

Berita yang sangat mengembirakan walid apabila ummi telah disahkan mengandung. Syukur pada Allah atas pemberian ini yang mana diingini oleh setiap pasangan yang berumahtangga. Setelah mengira kandungan ummi rupanya ummi bunting pelamin. Ummi sangat bersyukur atas kurniaan rezeki ini.
kandungan berusia 8 minggu (19 Oktober 2011)
Sebenarnya belum sampai masa nya lagi untuk ummi scan tapi disebabkan kandungan ummi keluar darah, jadi doktor membuat pemeriksaan lanjut takut kandungan ummi bermasalah. Alhamdulilah setelah di scan , kandungan ummi berada dalam keadaan baik.

Ramai yang menjangka kami akan mendapat anak lelaki daripada tanda2 yang ada pada ummi.


Pertamanya : Darah yang keluar semasa mengandung tetapi tidak sakit (ada orang mengatakan darah yang keluar itu dipanggil "seri muka") menandakan ummi akan mendapat anak lelaki..itu pengalaman sepupu ummi sendiri yang mendapat anak lelaki.


Kedua: Dua kali ummi bermimpi makan ketam dan sangat mengidam nak makan ketam..kami mencari ketam di Tok Bali, Kelantan. Kata penjual ketam, ibu mengandung yang mengidam makan ketam biasanya akan mendapat anak lelaki...itu pentanda nya saje..apapun kita tengok lah lahir nanti.


akhirnya dapat makan ketam masak sendiri
Ketiga: Walid ada seorang anak saudara perempuan yang berusia 8 bulan dan setiap kali ummi pegang baby kecil ini...masa tu jugak lah dia akan tertidur atas riba ummi. Kakak ipar cakap, ummi bakal dapat anak lelaki sebab baby perempuan serasi bila ummi bersamanya..

Keempat:Hidung ummi kembang semerbak sejak mengandung ni..itu jugak petanda ummi bakal mendapat anak lelaki. Info ini kawan sekerja ummi yang bagitau sebab beliau pernah mengandung anak lelaki dan hidungnya kembang semerbak...hahahahahah


Apapun ummi terima walaupun anak ummi yang bakal dilahirkan nanti samada perempuan atau lelaki..asalkan baby ummi sihat dan menjadi anak yang soleh.


Jumaat, 30 September 2011

Ummi terima walid seadanya...

Assalamualaikum...

Alhamdulilah ummi selamat menjadi isteri kepada Abd. Ghani bin Harun pada 2.9.2011 bersamaan 4 Syawal 1433 tepat jam 9.40 malam di masjid Bukit Payong, Besut yang diwalikan oleh adik ummi. Majlis persandingan diadakan pada 3.9.2011 di rumah ummi dan majlis menyambut menantu pada 4.9.2011 di rumah walid. Syukur pada Allah kerana memudahkan segala urusan ummi dan walid.





Dan bermula lah tanggungjawab ummi sebagai seorang isteri. Semoga ummi dapat menjalankan amanah ini sebaiknya dan pada Allah tempat ummi meminta perlindungan. Ummi terima walid seadanya....


















Khamis, 1 September 2011

Kad kahwin kami...

Kad kahwin design by Walid. Tapi kami tak print pun design ni sebab tak cukup bujet..hihihi